Sunday, December 30, 2007

mlay zodiak....

Tahukah kamu bahawa tarikh lahir mu juga boleh disesuaikan dengan kelompok
haiwan seperti arnab, tikus, singa, kucing, merpati, penyu, harimau kumbang
dan monyet. Ingin mengenali diri kamu dengan lebih dekat? Caranya mudah
sahaja, kenal pasti bilakah tarikh lahir mu serta lihat kesesuaian haiwan
seperti yang telah dikategorikan di bawah! Mmm... pasti kamu akan mengenali
diri kamu dengan lebih mendalam selepas ini!

KUCING
01 - 05 Februari
24 - 31 Mac
25 - 30 Jun
27 - 31 Julai
15 - 27 September
17 - 30 November

TIKUS
10 - 24 Januari
16 - 23 Mac
15 - 26 April
01 - 03 Jun
01 - 09 Julai
16 - 25 Ogos

ARNAB
01 - 09 Januari
01 - 03 April
15 - 20 Jun
10 - 15 Julai
28 - 30 September
01 - 16 Disember

SINGA
25 - 31 Januari
13 - 15 Mac
22 - 31 Mei
01 - 16 November

MERPATI
06 - 14 Februari
14 - 21 Mei
16 - 26 Julai
01 - 14 September
26 - 31 Disember

PENYU
15 - 21 Februari
27 - 30 April
04 - 14 Jun
26 - 31 Ogos
16 - 27 Oktober

MONYET
01 - 12 Mac
01 - 13 Mei
21 - 24 Jun
01 - 15 Ogos
01 - 15 Oktober
17 - 25 Disember

HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari
04 - 14 April
28 - 31 Oktober


ARNAB
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan
yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu
yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan
bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia
mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri
kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya
kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan
sesuatu tugasan secara berkumpulan.

KUCING
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat de! ngan jelas pada
individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih
gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau
berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu
berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata
individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa
sahaja.

MONYET
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai.
Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria
itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan
ikatan per sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari
kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri
walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang
gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi
kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup ! kamu, 'hidup mesti ceria'.
Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan
sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.

HARIMAU KUMBANG
Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau
bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering
berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati
ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan
pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu
sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.

TIKUS
'Diam-diam ubi berisi' itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu.
Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang
diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus
dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik
perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam
kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.

SINGA
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa
berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman
dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud
secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat
dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban
hari.

PENYU
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada
sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering
menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi
pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman
yang dan tidak bersikap seperti 'talam dua muka'.

MERPATI
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori
individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememan! gnya kamu bukannya dari
kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap
menyendiri dalam kehidupan harian mu

1 comments:

Shikin Saiful said...

Hiks! akak nyer zodiak monyet. Adoi..nyet2 peginya :P