Hidup ini upama satu perjalan .....
sebelom nie byk kerja datang bergolek(boleh kata cam tu ..... hahahah).walau macam mana pon aku kena tempuhi gak ranjauduri itu. minggu nie aku bau aku nak gerakan semuanya. start esok aku akan call utk Press. sebenarnya aku mmg tak da pengalaman nak call press nie. tapi aku try la nak call gak dah aku yg nak kan, nena teruskan gak. lagi pon aku dah janji ngan zumi utk dapat kan gak. walau macam mana pon aku kena buat gak ..
Wajiblah menjaga diri sendiri
menerima amanah Tuhan Rabbi
supaya menjadi mukmin sejati
demi menegak Islam yang suci.
SRP nya cerita aku lak lagi satu. aku selalu datang lambat dah kena tego ngan abg tenagapengajar tu. kan dah dapat dungu, bodoh, bapak korang nya ke... hmmm .... sabar jerla. dah adat org belajarkan. redoh jer. td mmg lah kiter org semua kena basoh. semua dak tamak dah buat muka ketat, aku jer macam tak da perasaan.org tgh marah tu leh gak aku menjawab. yg tak leh belah.... dia tanya
"kenapa korang datang lambat ??"... aku ngan bijak menjawab
"sy tertido tadi sebab penat sangat berlatih tiap malam" . kenapa lah aku bijak sangat leh jawab cam tu kan ... hahahah .... yg dok tunduk jer. aku nie mmg la
areeekkkk siap kena perli lagi ngan abg tu. tu la mulut pantas sangat menjawabkan
(salahkan mulut lak.... hahah ). paper pon aku kena sedar
kalo nak menimba ilmu kita jangan biarkan guru menunggu kita biarkan kita menunggu guru. ingat tu ya apis dan kengkawan....
Taat ke guru membawa berkat
sedikit belajar banyak yang dapat
jika menderhaka menjadi mudarat
semua ilmu tiada yang lekat
ok tu cita SRP, nie aku mak cita silat cekak lak. ati aku dah mula tertambat ngan silat Cekak Pusaka Hanafi. keseronokan mula terasa. sampai aku secara suka rela menawarkan diri utuk menjadi director satu program. program tu dr idea aku gak. aku nak buat satu program yg membuang jurang antara budak baru masok ngan budak dah lama tamat. aku harap lo , kalo leh program tu leh berjaya. aku nak lihat sebelom aku abis kat MMU nie semua org nampak silat cekak nie adalah satu persatuan kekeluargaan. semua member macam adik beradik
(Tu cita2 aku jer ... heheheh.... kalo jadi bagus la).satu lagi aku nak tgk silat cekak cyber ngan melaka pon tak da gab jugak. bau la nnt kalo ada wajadiri kat memana .... org tak tau sama ada dia tu MMU melaka atau Cyber.....
(kita tengok jer la ). kalo leh ada hubungan berterusan. heheheh ...
(adakah itu satu angan2 atau sebaliknya)Lahirnya Cekak kerana kesedaran
bukan bermusuh sebagai tujuan
untuk mendaulatkan seni kebangsaan
mensesuaikan dengan makna kemerdekaan
hmmmm .... aku dah janji yg aku tak nak join evan kat mmu Cyberjaya nie . tapi tak boleh. aku rasa macam tak leh hidup kalo tak join program.
"Ya ALLAH tolong berikan aku petunjuk sekiranya aku sesah kembalikanlah aku kepangkal jalan, sekiranya jalan aku panjang berikan jalan yg pendek, sekiranya jalan aku itu berliku-liku luruskanlah ia" . ..... amin
Dua ibu bapa tak boleh derhaka
besar jasanya kepada kita
kalau menderhaka bahaya menimpa
di akhirat kita masuk neraka
kucai_masin